SERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT RTM KLIK !!!!
Terma & Syarat :
Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia untuk menyertainya secara individu.
Tema Reka Bentuk Maskot RTMKLIK : DIGITAL
Setiap reka bentuk harus mempunyai elemen digital
Tidak melanggar sensitiviti agama, bangsa dan negara.
Tempoh pertandingan : 3-24 Februari 2022
Rekaan mestilah ASLI dan tidak meniru mana-mana maskot tempatan mahupun dari luar negara.
Setiap penyertaan haruslah disertakan dengan nama maskot dan justifikasi pemilihan maskot tersebut.
Penyertaan hendaklah dihantar dalam format Adobe Illustrator (AI) & PNG melalui e-mel maskotrtmklik@gmail.com sebelum atau pada 24 Februari 11.59 malam.
Sertakan :-
Nama :
Alamat :
No Tel :
Justifikasi Reka Bentuk :
Pihak RTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta maskot tersebut.
Setiap penyertaan akan menjadi hak milik RTM dan berhak untuk mengubahsuai reka bentuk maskot.
Pihak RTM berhak menggunakan semua reka bentuk yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran ataupun bayaran kepada peserta.
Penyertaan yang tidak memenuhi kriteria tidak akan di ambil kira.
Sekiranya terdapat persamaan dalam reka bentuk maskot yang dihantar, peserta yang terlebih dahulu menghantar penyertaan dengan justifikasi yang lengkap akan diangkat sebagai pemenang.
Keputusan pertandingan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
RTM berhak meminda sebarang syarat pertandingan tanpa notis awal.
Peserta dianggap bersetuju dengan setiap terma dan syarat pertandingan yang telah ditetapkan untuk setiap penyertaan.
Hadiah untuk dimenangi
Tempat Pertama
Wang Tunai RM800.00
Tempat Kedua
Wang Tunai RM600.00
Tempat Ketiga
Wang Tunai RM400.00
#RTM #RTMKLIK #MaskotRTMKLIK #RTMClick #RTMClickMascot #PertandinganCiptaMaskotRTM #RTMKLIKMascotCreationContest #PertandinganCiptaMaskot #MascotCreationContest #RTMDigital #DigitalRTM #RTMKLIKDiManaJua #RTMKLIKWhereEver #RTMClickWhereEver #RTMKLIKAnyWhere #RTMClickAnyWhere
Tiada ulasan:
Catat Ulasan